Bantuan pelan data untuk pelajar SMK Agama Yan
Pandemik covid-19 telah banyak mengimpak murid-murid, terutamanya murid-murid dari keluarga kurang berada. Walaupun Kementerian Pendidikan telah melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PDPR), murid-murid ini tidak dapat meneruskan pembelajaran secara online disebabkan pelan data yang tidak mencukupi.
Pihak YKF mendapati bahawa ini adalah masalah yang dihadapi oleh murid-murid daripada golongan asnaf di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan, Kedah (SMKAY). Kebanyakan mereka mempunyai pelan data yang tidak mencukupi untuk meneruskan pembelajaran online.
Selaras dengan matlamat utamanya untuk membantu pembelajaran bagi kanak-kanak yang kurang berkemampuan, YKF telah mengambil inisiatif untuk membantu murid-murid ini dengan menyalurkan bantuan pelan data sebanyak RM40 seorang kepada setipa daripada 28 orang murid Tingkatan 2 hingga 4, SMKAY. Semoga dengan bantuan ini, murid-murid tersebut tidak ketinggalan dalam proses menuntut ilmu demi masa hadapan mereka.
Sekiranya ingin menyumbang kepada usaha YKF dalam membantu murid-murid yang kurang berkemampuan, sila salurkan bantuan kepada YKF melalui akaun di bawah:
Bank: AmBank
No Akaun: 001-201-203637-1
Nama Akaun: YAYASAN KADIR DAN FATIMAH